Assalamualaikum wtb;
Kehadapan diari,
Mengikut lagenda Greek, ada 3 kelebihan kekuatan dominan yang diturunkan kepada 3 kaum berbeza dari tempat yang berbeza. Mereka percaya bahawa orang Greek diberi kekuatan pada akalnya, orang Cina pada tangannya serta orang Arab pada lidahnya.
Daripada ketiga-tiga kelebihan tersebut, yang paling saya tertarik ialah pada kelebihan orang Arab. Kerana semenjak permulaan mengambil bahasa Arab lagi, ideologi muallimah2 dah diimplemen yang bahasa Arab ini indah; bahasa Arab ini puitis, bahasa Arab ini bahasa Al-Quran, iaitu sebuah kitab suci yang lenggok bahasanya yang tiada tolok bandingannya oleh sasterawan Arab yang lain.
Kata Ustazah Zuraimi, ustazah Arab saya semasa di Tingkatan 2KAA, orang Arab ini memang suka bersastera, berpuisi. Macam kita-kita orang Melayu hebat naww berpantun, begitulah orang Arab kalau memberi deskripsi tentang alam, tentang perasaan, tentang kejadian, dijadikan dalam bentuk madah.
Sebab tu jugak dalam silibus pembelajaran Bahasa Arab Tinggi ada satu bahagian nama dia 'Balaghah' yang sulit sekali, mengajar kami tentang gaya-gaya bahasa Arab. Yang mampu membuat otak cerdas tambah cerdas sungguh-sungguh cuba mendividen pembahagian dia sungguhlah harus cekal tatkala memahami jikalau kamu tidak cekal hohoiii meja keras ketung akan metamorfosis, menjadi tilam dunlop gebu gebas lantas mata terkatup tak terdaya menahan antuk T_T . Ini semua agenda fatamorgana duniawi. Ohh ampunkan saya Muallimah Noorita yang gigih memberi tunjuk ajar walau kami selalu syahid!
Masa di tingkatan 2 juga, kami mempelajari satu syair Arab iaitu kehidupan di penjara T_T. Kreatifnya orang Arab sajak di penjara juga boleh~. Dahlah kena hafal depan ustazah. You guys should really see how I acted with the sajak. Haha!
Salah satu intipati dia, 'tiada cahaya di penjara..etc'. Yaaaaaa itu dia sudah terlupa (-.-)".
Lagenda yang menarik. Sepertinya orang-orang Cina popular di abad terdahulu kerana menghasilkan karya agung dari pena-pena mereka. Kekuatan yang explicit. Orang Melayu? Ya pantas sekali ingin saya ingatkan orang Melayu ini sungguh masyhur di peradaban dunia satu ketika dahulu kerana halus tutur bahasanya, lenggok gayanya, semuanya berlemah-lembut. Ilmu persilatan, ilmu yang memang dulu-dulu orang kabo 'gerek seyhh' kerana kecantikan adabnya, ah nak mula bunga bersilat pun main jual beli pantun. Cool ah!. Serius nak cakap, ilmu persilatan ni macam ninja, dia menang tanpa perlu banyak pergerakan. Sehinggakan bangsa-bangsa lain satu ketika dahulu cukup kagum dengan orang Melayu. Sudahlah kecik molek, berbudi manis, indah tuturkata, penuh dengan adab menghormati orang lain, tersisip senjata kecil yang pada pengamatan bangsa lain pada awalnya bahawa keris yang dibawa itu seperti permainan gadis-gadis kemudian mereka terpana akan halus seni ukirannya pada bilah-bilah bersendikan nama Allah Muhammad di pemegangnya, bahkan kaum Melayu ini mahir ilmu pertahanan diri yang cool giler boleh hilang sekejap tetiba muncul pastu jatuh dah pak long jahat tu.
Tengok intipati ayat Quran ni. Sungguhlah semua kejadian Allah, warna kulit yg berbeza, bahasa berbeza semua punya kelebihan tersendiri. Andai saya tercipta dari tanah di India dan kamu dari Tanah di Parsi, apa bezanya kita, kita masih boleh berkasih sayang =)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).[49:13]
Al hujurat :)
Tak ke wonderful tu? Ooohh ahh this kinda of thing really refresh me.
Kesimpulannya saya sedikit stres jadinya saya baca novel Khairyn Othman dan seronok sekali kerana ianya sejenis eskapisme kepada saya daripada realiti hidup ini tapi as usual suka berangan jadi heroin-heroin dalam novel Khairyn Othman so i became dissapointed laa sebab realiti tak seindah fantasi dan masalah kemuncak ialah dah 4:30 pagi dan saya masih belum siap sosio T_T
No comments:
Post a Comment